Halaman

Rabu, 28 November 2012

Kahwin Pada Usia Muda Salah, Bercouple Betul??



Baru-baru ini kecoh apabila beberapa pasangan muda bawah umur melangsungkan perkahwinan. Macam-macam pandangan masyarakat sekeliling tentang isu perkahwinan pada usia yang muda, ada yang menyokong tak kurang juga mempersoalkan serta membantah niat murni pasangan muda tersebut.





Mereka yang menentang berpendapat bahawa pasangan muda ini tidak matang dan tak mampu untuk menguruskan rumah tangga dengan baik. Selain itu, mereka juga berpendapat risiko penceraian untuk golongan pasangan muda adalah tinggi berbanding dengan pasangan yang lebih matang?? Sekiranya anda berfikiran seperti itu, maknanya anda tidak percaya pada Qada dan Qadar.

Berkahwin dalam usia yang muda itu adalah satu anugerah. Tahu kenapa? perkahwinan itu adalah satu tuntutan dalam agama Islam. Terlalu banyak kebaikan dapat diperolehi oleh pasangan muda tersebut. Minda masyarakat kini terhimpit, mereka beranggapan berkahwin dalam usia yang muda akan mendatangkan masalah ekoran ketidak matangan umur pasangan muda itu.

Kalau diikutkan, zaman datuk nenek kita semuanya boleh dikatakan berkahwin dalam usia yang muda, kebanyakkannya kekal sampai akhir hayat. Kenapa pula kita tak boleh??






Kalau dulu alasan untuk berkahwin adalah belajar tinggi pun duk ceruk dapur juga, nanti anak gadis tak laku kalau kahwin lambat dan menggelakkan maksiat. Dan ada juga berpendapat orang dulu "cepat matang'',pendek kata mereka telah terdidik untuk menjadi seorang suri rumah yang cekap sedari kecil lagi.

Itu dulu, zaman sekarang ini minda manusia lebih terbuka dan sepatutnya berkahwin dalam usia yang muda itu tidak seharusnya menjadi masalah besar. Dunia sekarang telah timbul pelbagai masalah sosial turut mengancam keselamatan remaja-remaja sekarang. Kes rogol, sumbang mahram, hamil anak luar nikah dan lari dari rumah sudah menjadi asam garam dalam hidup masyarakat kita sekarang. Sanggupkah kita menghalang perkahwinan muda hanya semata umur??

Islam menyarankan agar menyegerakan perkahwinan andai sudah cukup syarat-syarat zahir dan batinnya, berkahwin itu juga amalan sunnah kerna boleh meramaikan umat Islam di bumi. Hati siapa yang boleh terhindar dari godaan duniawi? Iman kita bukanlah setebal mana pun untuk menahan gelodak nafsu yang membara. Jangan ikutkan ideologi yang menetapkan seseorang yang mahu berkahwin perlu ada pekerjaan, kenderaan dan rumah.

Perkahwinan itu akan membuat seseorang menjadi matang dan bertanggungjawab dalam menguruskan diri, keluarga dan kerjaya. Percayalah bahawa ketenangan selepas berkahwin amat indah dan sukar digambarkan dengan kata-kata. Apa-apa pun yang anda lakukan bersama pasangan anda itu halal disisi agama dan ganjaran pahala berlipat ganda menanti anda.


4 ulasan:

  1. hmmmm..... susah nk tutup mulut masyarakat.

    BalasPadam
    Balasan
    1. kalu mulut tempayan boleh kita kasi tutup dengan penutup ataupun kasi pecah jer...tapi mulut manusia...kita cuit sikit dah kena saman..

      Padam
  2. nk kwin la gni...hehehe

    BalasPadam