Halaman

Khamis, 29 November 2012

Info Dan Tips Kesihatan



1. Mencegah penyakit Anemia

Tahukah anda, semakin gelap warna buah atau sayur semakin tinggi nilai gizinya. Sayuran berdaun hijau tua, kuning, dan jingga merupakan sumber vitamin A dan ferum yang terbaik. Ingin tahu kenapa? Ini kerana ianya mampu mencegah penyakit anemia.



2. Hindari serangan penyakit kronik

Amalan memakan kupang dapat membantu menghindari seseorang daripada di serang pelbagai penyakit kronik seperti risiko serangan jantung dan kanser, di samping membantu meningkatakan kesihatan diri dan melambatkan proses penuaan. Lebih menakjubkan lagi kupang juga mengandungi vitamin C ( Asorbic Acid ) yang lazimnya hanya terdapat pada buah-buahab sahaja dan kadar kandungan kolesterol pula adalah yang terendah. Ia juga mengandungi kompaun berguna seperti iodin.



3. Risiko kanser prostat lebih kecil

Hasil kajian mendapati ikan sangat baik untuk melindungi prostat dari gangguan kanser. Kajian pola makanan yang di jalankan oleh kumpulan dari Institut Karolinska di Sweeden ke atas 6 000 orang lelaki mendapati lelaki yang lebih banyak memakan ikan laut dalam serta buah-buahan dan sayur-sayuran segar berisiko lebih kecil mendapat kanser prostat.



4. Tips untuk bantu seimbangkan hormon

Terung, avakado dan pir baik untuk kesihatan serta fungsi rahim dan serviks wanita. Kajian menunjukkan apabila seseorang wanita memakan sebiji avokado setiap minggu ianya dapat membantu mengimbangkan hormon, membuang berat kelahiran yang tidak diperlukan serta menghindari serviks. Untuk pengetahuan pokok avakado mengeluarkan buah masak dalam tempoh sembilan bulan selepas ia berbunga

Tiada ulasan:

Catat Ulasan