Halaman

Isnin, 26 November 2012

To All Kpop Fans And Haters,Meh Baca Sini Jap




Hari ini nak guna bahasa kasar sikit, harap korang jangan terasa dengan apa yang aku nak tulis ni. Korang dah bacakan entry Ayuni Buang Kerakyatan Kerana Nu'est Dan Vixx. Aku tergelak jer baca blog budak tu,
wahai Ayuni,penting sangat ke kpop tu sampai sanggup ko nak buang kerakyatan ko semata-mata kpop??Adakah ia berbaloi dari tanah tumpahnya darah ko sendiri??

Aku faham perasaan Ayuni,aku pun peminat kpop juga. Bila aku dengar pasal perangai segelintir haters yang membuat onar masa anugerah Shout Award hari tu,aku pun marah tapi adalah hadnya hikhikhik...Aku ingat lagi , masa tahun 2006 aku mula minat kpop, masa tu kpop ni tak femes lagi. Antara yang aku minat masa tu Tvxq (sebelum berpecah menjadi JYJ dan Tvxq HoMin), Shinhwa, dan BoA.






Beria-ria aku perkenalkan kpop kat semua member aku,langsung tak ada pun peduli. Bila masuk tahun 2008,barulah gelombang kpop masuk Malaysia. Masa tu ramai mengaku kononnya kenal kpop dah lama sejak bertahun lamanya. Bila tanya kumpulan mana yang femes?? Super Junior jer lah yang dieorang kenal. Memang lawak sangat,melihat fanatiknya dieorang dengan kpop.

Tapi lama-kelamaan aku tengok makin fanatik sampai bergaduh-gaduh bagai semata-mata kerna kpop. Dieorang duk puji orang Korea ni cantik dan berbeza dengan orang Malaysia. Hello...menurut kajian ( chewaahh) 95 peratus selebriti Korea melakukan pembedahan plastik dan 5 peratus lagi tidak melakukan pembedahan plastik. Mereka melakukan pembedahan terutamanya di bahagian mata, hidung dan bibir. Dekat sana bersepah tempat pembedahan plastik dan ia mendapat sambutan ramai. Ibubapa disana menggalakkan dan turut menyediakan wang untuk anak-anak mereka melakukan pembedahan plastik.


Sebelum

Selepas

Jadi janganlah korang mengagungkan kecantikkan 'buatan' mereka dan mengutuk keaslian wajah orang Melayu kita ya..Kita harus bersyukur dengan kurniaan Yang Maha Esa. Aku bukan nak menggutuk orang Korea, cuma aku nak korang 'hardcore' kpop jangan terlalu memuja mereka, mereka pun manusia biasa same like us.

Berbalik pada kisah Ayuni, budak ni sanggup membuang kerakyatan dan malu menetap di Malaysia?? Hahaha...aku bukak twitter, ramai orang duk hentam budak ni. Jahat korang ni taw (geram-geram manja).




Kalau tukar kerakyatan dan pindah kat sana, anda ingat dieorang terima ker?? Untuk pengetahuan anda ya, kebanyakkan orang Korea bersikap racist,boleh dikatakan hanya 20 peratus sahaja yang bersikap biasa. Mereka tak sewenang-wenangnya menerima kehadiran warga asing ke negara mereka kerna  semangat perkauman Korea  yang tinggi.. Semangat itu sepatutnya ada pada diri Ayuni dan semua masyarakat Malaysia..tak gitu...hikhikhik..


Jasmine Lee,orang Philipina yang bertukar kerakyatan dan mendapat tentangan hebat
oleh sesetengah rakyat di Korea

Aku tulis sekadar mengingatkan kepada semua peminat kpop yang berangan nak menetap di Korea. To haters, sikap anda amat memalukan semua orang Malaysia. Sepatutnya anda menunjukkan gambaran positif pada tetamu yang datang dari luar negara. Setiap sikap kita itu dinilai dan ia menggambarkan nilai budaya masyarakat Malaysia.

Cuba korang bayangkan artis terkenal dari negara kita buat persembahan dan mendapat 'hadiah' sampah dan kasut, apakah perasan anda? Seperti itulah perasaan mereka beb..Kalau tak suka jangan menunjukkan keberukkan anda di situ..Yang kpop anda baling kasut ,yang artis wanita tak cukup kain anda sorak bagai nak gila. Kalau Girls Generation buat persembahan kompem haters lelaki meleleh air liurkan?? ( very not sopan).




Hipokrit kan?? Kpop lelaki pakai baju pink tak bermaksud dia tu jambu or gay. Disana golongan peminat mereka terdiri dari hampir 80 peratus peminat wanita. Mereka semua manly tapi demi menghiburkan peminat mereka terpaksa memakai pakaian wanita dan buat aksi comel bagi menimbulkan keghairahan peminat-peminat mereka.



Kesiankan?? Tapi itulah hakikatnya. Semua artis kpop mengalami masa yang amat sukar semasa mereka menjadi trainer . Dan sepatutnya tiada sebab untuk kita menjadi haters. Mereka pun manusia juga. Kalau anda seorang haters itu adalah hak anda. Tapi untuk menghina serta membuat onar pada mereka adalah sangat tak patut.

Kita orang Malaysia sepatutnya menjadi contoh dan teladan yang baik kepada masyarakat luar negara dan juga untuk generasi kita yang akan datang. Buang sikap iri hati dan dengki anda itu kelaut. Positifkan minda anda semua ya.

p/s : orang yang nak buang kerakyatan,silakanlah ya,anda tidak dialu-alukan di tanah air ku ini...kikikikiki::

5 ulasan: