Halaman

Jumaat, 16 November 2012

Kahwin Muda?? Awesome Meh....



Assalamualaikum....

Mesti anda semua tertanya-tanya tentang tajuk yang Eiya nak bincangkan, betul tak? Huhu..
Bila sebut pasal kahwin muda mesti semua orang mempunyai pelbagai pandangan masing-masing, ada yang seronok tak kurang juga yang membantah. Pada pandangan Eiya, mendirikan rumah tangga pada usia yang muda merupakan perkara yang baik dan dituntut dalam agama, kerna ia dapat menggelakkan maksiat dan dapat meramaikan lagi umat manusia di atas muka bumi ciptaan Allah S.W.T.

Walaupun Eiya masih belum berumah tangga, namun tak salah rasanya kita meluahkan serta memberi pandangan dari segi positif tentang soal ini. Eiya ingat lagi masa sekolah menengah, masa itu perasaan ingin berkawan dengan kaum adam memang meluap-luap di dalam hati. Kawan-kawan Eiya hampir kesemua mempunyai teman istimewa yang boleh menemani mereka tapi Eiya tak berkesempatan merasainya, namun Eiya bersyukur kerna Eiya dapat menggelak dari melakukan maksiat.

Anda mesti ingat masa tingkatan 5, ada bab perkahwinan dalam subjek agama Islam. Eiya dan kawan-kawan semua teruja sangat bila bab ini ustazah mengajar. Kami semua bagi tumpuan( dalam bab ini jer lah).
Masing-masing berangan nak kahwin, siap ada yang berbincang pasal baju perkahwinan dan anak, memang kelakar sangat.





Walaupun kahwin muda itu digalakkan, namun ada juga yang membantah kerna mengangap bahawa usia yang muda itu tak boleh berdikari dan tak matang. Pasangan muda yang ingin berkahwin juga dianggap "gatal"... memang tak patut. Semua orang yang berkemampuan dan cukup isyarat di anjurkan berkahwin dan membina keluarga. Allah S.W.T. berfirman yang bermaksud :

“Dan di antara tanda yang membuktikan kekuasaan-Nya dan rahmat-Nya bahawa Dia menciptakan untuk kamu isteri-isteri daripada jenis kamu sendiri supaya kamu bersenang hati dan hidup mesra dengannya, dan dijadikan di antara kamu suami isteri perasaan kasih sayang dan belas kasihan.” (Surah al-Rum, ayat 21)

Islam juga memberi panduan pada pasangan muda yang berniat untuk menjaga diri dari maksiat, tetapi khuatir dari segi kewangan. Yakinlah bahawa rezeki itu sentiasa akan ada. Firman Allah S.W.T yang bermaksud :

“Dan kahwinilah orang yang sendirian di antara kamu, dan orang yang layak (berkahwin) daripada hamba yang lelaki dan perempuan. Jika mereka miskin, Allah akan mengkayakan mereka daripada rezeki-Nya. Dan Allah Maha Luas Pemberian-Nya dan Maha Mengetahui.” (Surah al-Nur, ayat 32)


Namun begitu begitu, bagi siapa yang belum mampu dan tidak bersedia menempuh alam rumah tangga, hendaklah menahan nafsu dengan sebaiknya. Panduan itu diberikan Rasulullah S.A.W. dalam sabdanya yang bermaksud :

“Wahai orang muda, sesiapa di antara kamu yang mampu berkahwin maka hendaklah dia berkahwin kerana ia (iaitu perkahwinan) dapat mengawal mata dan kemaluan. Barang siapa yang tidak mampu maka hendaklah dia berpuasa kerana ia (iaitu puasa) akan menjadi penjaga baginya.” (Riwayat Bukhari dan Muslim)


Sebagai seorang Islam, lakukan banyak amalan wajib dengan sempurna dan tingkatkan amalan-amalan sunat yang lain sebagai persediaan rohani sebelum bergelar pasangan suami isteri. InsyaAllah, dengan memantapkan ilmu anda bersedia untuk menjadi ketua keluarga yang sempurna. Pastikan perkahwinan yang bakal didirikan bukanlah berlandaskan nafsu semata-mata. Akan tetapi perkahwinan yang anda ingin dirikan adalah sebagai memenuhi salah satu tuntutan ibadah dan tanggungjawab seorang Muslim. InsyaAllah.
Usah risau, Allah pasti akan menjanjikan rezeki kepada hamba-hambaNya yang melaksanakan perintah dengan penuh ikhlas. Kalau berkahwin muda ni, boleh hindarkan diri dari maksiat dan melakukan dosa-dosa.





Tengok semua pasangan muda yang berkahwin ini memang sweet sangatkan? Moga-moga Eiya pun cepat dapat jodoh...Amin...


Tiada ulasan:

Catat Ulasan