Onigiri (Hiragana: おにぎり, Kanji: 御握り) adalah nama Jepun bagi makanan berupa nasi yang dipadatkan atau dikepal sewaktu masih hangat sehingga berbentuk segi tiga, bulat, atau seperti karung beras. Dikenali juga dengan nama Omusubi, istilah yang kononnya digunakan oleh wanita di istana maharaja untuk menyebut Onigiri. Onigiri dimakan dengan tangan, bukan dengan penyepit.
Di Malaysia, Onigiri boleh dijumpai di bahagian makanan Jepun di pusat membeli belah terkemuka dan di restoran yang menyediakan makanan Jepun. Di China, Onigiri dikenal dengan nama fàntuán(飯糰)
Di Jepun, terdapat beratus-ratus jenis Onigiri dengan isi yang pelbagai bergantung kepada selera orang yang membuatnya. Nori sering digunakan untuk membungkus agar lebih mudah dimakan tanpa ada nasi yang melekat di tangan, walaupun berbagai jenis Onigiri tanpa Nori juga sering dijumpai.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan