Halaman

Khamis, 8 November 2012

Kolam Biru Yang Indah Di Hokkaido,Jepun (7 Gambar)



Kolam biru yang awesome ini terletak di Sungai Bieigawa,Hokkaido iaitu lebih kurang 2.5 km dari kolam air
panas Gunung Tokachi.

Tempat inilah selalu menjadi tarikan pelancong untuk menikmati keajaiban kawasan sungai ini dan keindahan air sungai yang sejuk.Kolam ini juga dikelilingi banyak batang pokok.






Sebenarnya kolam ini bukan terbentuk secara semula jadi. Letusan gunung berapi Takachi pada tahun 1988
telah membentuk kawasan ini secara tak sengaja. Pemerintah Jepun masa itu, membuat benteng untuk menghalang lumpur ,dan air yang tidak dapat mengalir terus membentuk kolam biru ini.

Air dalam kolam ini sebenarnya bukanlah berwarna biru,tetapi warna biru kolam ini terjadi kerana adanya, kandungan aluminium hidroksida yang memantulkan sinar gelombang yang lebih pendek, Uniknya kolam biru ini,warna kolam ini boleh berubah mengikut waktu.






Tiada ulasan:

Catat Ulasan