Assalamualaikum...alhamdulilah kita semua masih lagi bernafas di muka bumi Allah S.W.T. yang cukup indah dan mendamaikan. Hari ini aku nak menulis tentang isu yang mungkin dipandang agak remeh oleh sesetengah golongan manusia yang tak memandang berat pasal pentingnya menutup aurat ini atau lebih senang dan ringkas ialah bertudung (seelok-eloknya biarlah mengikut panduan Islam).
Aku ingat lagi kawan aku ada cerita, kawan dia, R semasa sekolah menengah merupakan atlit sekolah (dirahsiakan) dan satu hari R terpilih sebagai pemain bola jaring untuk sekolahnya ke peringkat lebih tinggi. Tapi syarat untuk bermain mestilah memakai skirt pendek,sedangkan R ini merupakan anak kepada seorang guru mengajar mengaji dan R ini bertudung labuh. R dalam dilemma kerana masa itu dia baru berusia lingkungan 14 tahun dan dia ingin mewakili sekolahnya. R takut untuk beritahu kepada ibunya tentang perkara tersebut kerna ibunya pasti membantah. Apa yang dikesalkan disini adalah guru yang menyuruh R memakai skirt ini merupakan guru beragama ISLAM !!
Kita tinggalkan kisah R ini disini, aku bukanlah seorang insan yang sempurna ataupun baik sangat untuk membangkitkan isu mengenai ini tapi sebagai orang yang cintakan agama wajib untuk aku menegur.. Apa yang aku lihat sekarang ini tudung hanya untuk menutup rambut bukannya menutup aurat, pakai tudung tapi nampak dada, tengkuk dan pakaian ketat sehingga menampakkan 'spare tyre'.
Kebanyakkan perempuan sekarang dah banyak memakai tudung, satu perkembangan positif TAPI ada yang buka sebab nak tangkap gambar sambil buat mucung ala-ala itik menahan kentut (ingat lawa ler tu) dan upload dalam laman sosial dan letak caption 'Please, abaikan pic i kalau tak lawa mcm uoll, muahhh' (tercirit aku membacanya). Dah tahu tak lawa kenapa letak? Cik kak sayang ,jangan ingat gambar itu tak tetap mendatangkan fitnah dan dosa, kerana ia tetap mempamerkan aurat anda.
Sekiranya ada orang mahu anda membuka tudung semata-mata untuk melakukan aktiviti ataupun ingin melihat aurat anda, katakan padanya ''Sekiranya aku membuka hijabku adakah kau mampu untuk menanggung dosa setiap helai rambutku yang dilihat oleh bukan mahram bagiku? (puitis sungguh ayatku ini kikikiki ::: ) . Ingat menutup aurat adalah perintah Allah S.W.T bukannya saja2, setiap yang Allah perintahkan kepada hambaNya itu pasti ada sebab dan Allah Yang Maha Mengetahui..
Semoga kita wanita-wanita idaman lelaki sekalian (chewahh) menjadi wanita yang solehah dan sentiasa mengamalkan segala perintah Allah S.W.T dan meninggalkan laranganNya.. Amin :)
Tiada ulasan:
Catat Ulasan