Halaman

Sabtu, 10 November 2012

Penantian Selama 88 Tahun Untuk Gambar Perkahwinan (5 Gambar)




Nanching,China - Semua pasangan yang baru mendirikan rumah tangga pasti ingin mengabdikan kenangan-kenangan indah mereka dalam album perkahwinan untuk di perlihatkan kepada anak-anak dan generasi mereka yang akan datang.

Namun buat pasangan ini. mereka berdua menanti untuk bergambar selama 88 tahun. Pasangan yang sudah mencecah usia lebih 100 tahun ini mendirikan rumah tangga pada tahun 1924 di wilayah Sichuan,China.







Selama ini Wu Chonghan, 101,dan Wu Sognshi,103,hidup bahagia selama 88 tahun bersama dan sering mengimpikan untuk merakam gambar perkahwinan mereka berdua. Namun impian mereka menjadi kenyataan apabila sebuah syarikat foto di Nanching,bandar tempat tinggal mereka, menawarkan untuk mengabdikan gambar perkahwinan mereka. Sungguh segak dan cantik pasangan ini mengenakan busana serba putih.





Sweet sangat pasangan ini moga mereka sentiasa bahagia bersama.


Tiada ulasan:

Catat Ulasan