Halaman

Sabtu, 3 November 2012

Daniel Henney Yang Awesome





Buat pengemar drama dan filem buatan Korea Selatan, pasti anda akan mengenali raut wajah yang tampan ini. Daniel Henney merupakan pelakon dan model terkenal di Korea.Mari kita mengenali beliau dengan lebih lanjut.




Nama sebenar                 =  Daniel Philip Henney
Tarikh lahir                      =  28 November 1979
Tempat lahir                    =   Carson City,Machigan,United States
Darah                              =   O
Makanan Kegemaran      =  Kimchi Jjigae
Kerjaya                           =   Model dan pelakon
Tinggi/Berat                     =   188cm/72kg
Kawan baik                     =   Jung Ryu Won,Mat,Martin(pengurus)
Hobi                                =  Main gitar,membaca,bola keranjang





Ibu beliau adalah orang Korea dan bapanya adalah orang Amerika yang berketurunan Ireland. Daniel memulakan kerjaya sebagai model di Amerika pada tahun 1991 dan melebarkan sayap kerjayanya ke negara Perancis,Itali,Hong Kong dan Taiwan semasa beliau masih lagi menuntut di kolej. Beliau memulakan kerjayanya di Korea melalui iklan kosmetik dan beliau juga menjadi jurucakap untuk iklan.

Walaupun Daniel tidak berbahasa Korea,namun dia menjadi popular dikalangan surirumah di Korea apabila berlakon dalam drama My Name Is Kim Sam Soon dengan memegang watak Dr Henry Kim, seorang pakar bedah yang setia pada cinta. Kemudian beliau mempelajari sedikit demi sedikit bahasa Korea dan muncul dalam pelbagai rancangan hiburan di sana.





Daniel juga banyak memenangi anugerah dalam bidang lakonan di Korea dan luar negara.Filem pertama Daniel ialah Seducing Mr. Perfect pada tahun 2006,bergandingan dengan pelakon cantik Uhm Jung Hwa.Selain berlakon di Korea,beliau juga berlakon drama di Amerika. Pada tahun 2009,Daniel memegang watak Agent Zero dalam filem popular iaitu X-Men Origins : Wolverine.Beliau juga akan muncul dalam drama dan banyak filem,antaranya Shanghai Calling,just wait and see ya...





Kalau dapat kekasih or suami macam ni kan best,huhuhu,terlebih sudah.Hope you all enjoy reading :)



2 ulasan: