Halaman

Selasa, 23 Oktober 2012

Richwan Sate Ipoh

Korang suka tak makan sate? Tercari-cari sate yang rasa berbeza dari gerai-gerai lain dan harga yang murah? Hah korang akan dapati semua itu di gerai Richwan Sate yang terletak di Station 18 bersebelahan Tesco Station 18. Sate mereka dibuat dengan pelbgai rempah dan enak di makan. Kuah kacang pun menepati cita rasa setiap pelanggan yang menikmatinya.Kebanyakkan pelanggan yang datang ke gerai Richwan Sate ini terdiri dari pelbagai bangsa dan ada yang sanggup datang dari Johor untuk menikmati sate ini.Hebatkan??? Ramai pelanggan cukup berpuas hati dengan perkhidmatan yang ada disediakan oleh pemilik Richwan Sate iaitu Encik Redhwan.







Gerai ini akan dibuka sekitar jam 8.oo malam hingga 12.oo malam pada setiap hari kecuali hari selasa.Richwan Sate juga akan menerima tempahan dan setakat ini mereka pernah menerima tempahan lebih 15 ooo cucuk sate sebulan.Penghantaran juga disediakan secara percuma di sekitar Ipoh dan kawasan berdekatan.Richwan Sate juga akan membuka cawangannya di padang Ip0h pada bulan November ini.





Jangan lupa untuk singgah ataupun tempah sate di Richwan Sate....Kedatangan anda kami nantikan...sebarang pertanyaan boleh menghubungi nombor yang tertera :)

Tiada ulasan:

Catat Ulasan