Halaman

Jumaat, 26 Oktober 2012

Afiq Muiz , Hero Baru Yang Awesome




Kenal ke? Mestilah, Afiq ni merupakan pendatang baru dalam industri hiburan di tanah air. Drama baru lakonan Afiq ini sedang hangat ditayang di TV3 iaitu Mimpi Cinderella. Sebenarnya bukan pertama kali dia memegang watak hero dalam drama,Afiq pernah memegang watak hero dalam drama Aishiteru yang ditayangkan di TV9.Masa itulah Eiya kenal Afiq ni,huhuhu buing buing buing.Jom kita kenali si kacak ini.



Nama sebenar           - Muhammad Afiq Muiz Bin Azman Shah
Tarikh lahir                - 1 Mei 1992
Keluarga                   - Anak kedua dari empat adik beradik
Kerjaya                     - Pelakon,model dan pelajar
Tinggi/Berat               - 185cm/80kg
Asal                           - Kuala Lumpur
Hobi                          - Memancing dan melancong
Pelakon yang diminati - Hugh Jackman







Buat pengetahuan anda,sebelum Afiq menceburi bidang hiburan,Afiq pernah menjual burger demi mencari duit poket.Afiq mula masuk ke dalam bidang ini melalui modeling ketika usianya baru 17 tahun dan kemudiannya mendapat tawaran berlakon di layar tv oleh seseorang. Beliau juga pernah menyertai Pencarian  Kacak Bergaya 2010.

Afiq kini sudah pun menamatkan pengajiannya tahun lepas di ASWARA dalam jurusan lakonan dan seni persembahan.Afiq juga sekarang ni mendapat tawaran berlakon dan modeling tak putus-putus.Kalau anda perasan,Afiq pernah mucul dalam video lagu I Got To Go nyanyian Najwa Mahiaddin dan Sesaat Kau Datang nyanyian Ramlah Ram.







                                                    Afiq bersama ibunya yang tercinta

Moga Afiq Muiz berjaya dalam setiap apa yang diceburinya. Amin :)


2 ulasan: