Halaman

Khamis, 4 Oktober 2012

5 TEMPAT-TEMPAT PERCUTIAN YANG BEST DI MALAYSIA.....

Antara 5 tempat-tempat peranginan yang popular di Malaysia serta pernah mendapat pengiktirafan pelancong-pelancong asing ialah



1. Pulau Pangkor

Ia terletak di Lumut, Perak Darul Ridzuan. Tempat ni memang awesome untuk seisi keluarga bersantai dan menikmati keindahan laut yang cantik...





2. Pulau Sipadan

Ia terletak di Semporna, Sabah, Malaysia. Pulau Sipadan merupakan satu-satunya pulau samudera di Malaysia daripada batu kapur dengan ketinggian 600 meter dari dasar laut. Pulau Sipadan terkenal sebagai satu pilihan tempat bagi aktiviti menyelam skuba (scuba diving) antara yang terbaik di dunia. Mengikut keputusan undian umum yang dikeluarkan oleh organisasi tunggal bagi pengundian 7 keajaiban terbaik dunia (New 7 Wonders of Nature votes commitee), Pulau Sipadan telah tersenarai antara 77 bentuk muka bumi yang ajaib dan terbaik dunia pada tahun berakhir Julai 2009.





3. Gunung Kinabalu

Gunung Kinabalu yang terletak di Sabah, Malaysia merupakan puncak tertinggi di Malaysia dan puncak tertinggi Pulau Borneo yang ketinggiannya mencecah 4,095 meter dari aras laut. Gunung Kinabalu juga merupakan gunung kelima tertinggi di Asia Tenggara. Di belakang Hkakabo Razi di Myanmar (5881 m), Puncak Jaya (4884 meter),Puncak Trikora (4730 meter) dan Puncak Mandala (4700meter) di Indonesia. Dan Gunung Kinabalu jugalah gunung keempat tertinggi di Kepulauan Melayu. 




4. Pulau Perhentian

Pulau Perhentian adalah satu pulau yang terletak di besut Terengganu,Terengganu. Pulau ini pernah dikatakan antara pulau tercantik di dunia kerana mempunyai pelbagai panorama yang indah. Pulau Perhentian terdiri daripada 2 buah pulau dan disebabkan inilah yang menyebabkan pulau ini cantik. Dua pulau tersebut ialah Pulau  Perhentian Kecil dan juga Pulau Perhentian Besar.




5. Pulau Langkawi

Pulau Langkawi ini terletak di Kedah,Malaysia. Pulau Langkawi merupakan negara kepulauan daripada 104 pulau-pulau yang terletak di utara pantai barat Semenanjung Malaysia.Lokasi sebenar pulau-pulau tropika di tapak di mana Selat Melaka memenuhi perairan Laut Andaman.

Banyakkan tempat yang menarik kat Malaysia.. Apalagi jom cuti2 Malaysia....

5 ulasan:

  1. wahh. bagus entri ni. kalau di ulas lagi setiap 5 tempat ini buat jadi 5 entri mesti lagi bagus. ohya. salam perkenalan. kalau sudi singgah la
    www.touristguidemalaysia.com

    saya pun nak carik penulis untuk menyumbangkan artikel. dan nanti kita boleh link back ke blog awak. :)

    Personal blog : http://kaio.my
    Travel Blog : www.touristguidemalaysia.com

    BalasPadam
    Balasan
    1. thanks ya, sorry lambat balas. Actually i just blogger baru..

      Padam
  2. teruje pulak,ble lg la nk school holiday ni..ble tgok berkali2,excited jdnye...
    x nyabo2 peginyeee ;)

    BalasPadam
  3. I baru balik pulau perhentian kecil memang terbaik..

    BalasPadam