Halaman

Khamis, 25 Oktober 2012

5 Pantai Buatan Tercantik Di Dunia

Semakin lama teknologi makin canggih dan berkembang dan segala informasi membuatkan manusia kini berinovasi.Salah satunya pantai buatan manusia yang hampir menyamai dengan pantai yang sebenar.Antara 5 pantai buatan yang tercantik ialah








1. Seagaia Ocean Dome,Jepun

Pantai ini terletak Miyazaki,Kyushu di Laut Pasifik iaitu di selatan Kota Tokyo.Kolam renang yang terdapat di situ sungguh mewah dan di lengkapi dengan kemudahan yang lengkap.Seagaia Ocean Dome juga tercatat dalam Guiness Book of World Records,sebagai water park terbesar di dunia.Ia berkeluasan sekitar 300 meter panjang dan 100 meter lebar.







2. San Alfonso Del Mar,Chili

Resort San Alfonso Del Mar ini terletak pantai selatan Chili,100 kilometer sebelah barat Santiago.Disini para pelancong boleh menikmati keindahan pantai seluas 8 hektar dan boleh menampung 250.00 meter kubik air.Selain itu,resort ini juga terkenal kerana luasnya mencapai 1000 meter dan mempunyai kolam renang outdoor yang hampir mencecah 8000 meter persegi,serta ia melayakkan tempat ini memegang rekod terbesar di dunia.





3. Pantai Gulpiyuri,Sepanyol

Pantai ini terkenal dengan nama 'pantai tanpa laut'.Pantai ini miliki pasir putih yang halus dan ia sama seperti pantai yang lain,pantai unit ini terletak di Llanes,sebuah kota kecil di Sepanyol.Pantai ini cukup kecil dengan ukuran 40 meter panjang dan 15 meter lebar sahaja.Walaupun ia tak memiliki laut yang luas,namun airnya masin seperti air laut.






                                                                                           

4. Pantai Buatan di Tepi Sungai Seine

Pantai ini memang cantik dan menakjubkan hingga memukau setiap mata yang memandangnya.Banyak pengunjung yang datang ke situ untuk berjemur di bawah terik matahari.Kawasan ini terletak wilayah Kota Paris dan dikenali dengan nama Paris Beach.Pantai buatan ini di hasilkan oleh cetusan idea pemerintah pada tahun 2007 dan ia menjadi satu tarikan utama di Kota Paris.







5. South Bank Parklands,Australia

Kawasan ini hanya terletak beberapa ratus meter sahaja dari pusat kota.Tempat ini juga memiliki hutan,pantai dan sungai buatan yang terletak di Brisbane.Ramai pengunjung menyangkakan tempat ini pantai yang asli kerana kecantikkan air lautnya.Pantai buatan ini diisi dengan 3000 meter kubik pasir pantai,yang menutupi area seluas 2000 meter persegi.Tempat ini juga begitu popular dikalangan pengunjung-pengunjung yang membawa keluarga mereka datang bermain dan bersiar-siar di kawasan itu.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan